Enjin jet merupakan sebuah
enjin tindak balas yang membebaskan
bendalir jet yang bergerak laju bagi menghasilkan tujahan berdasarkan
peraturan gerakan Newton. Definasi luas ini termasuk
turbin jet,
turbin kipas,
roket,
ramjet,
denyutan jet dan
pam-jet. Secara umumnya, kebanyakkan enjin jet adalah sebuah
enjin pembakaran dalam[1] tetapi bentuk bukan pembakaran juga wujud.Dalam beberapa penggunaan biasa, istilah "enjin jet" secara umumnya merujuk kepada
enjin salur pembakaran dalam, yang mana kebiasaannya terdiri dari sebuah enjin dengan pemampat udara berputar yang dinakuasa oleh sebuah
turbin ("
kitar Brayton"), dengan kuasa lebihan memberi tujahan melalui sebuah
muncung rejang. Jenis-jenis enjin jet ini digunakan terutamanya oleh
pesawat jet untuk perjalanan jarak jauh. Pesawat jet awal menggunakan enjin
turbin jet yang secara relatifnya tidak cekap untuk penerbangan pada kelajuan subsonik. Pesawat jet subsonik moden biasanya menggunakan
enjin turbin kipas bersaluran tinggi yang membantu dalam memberi kelajuan tinggi selain jarak yang lebih jauh, menjadikan ia memiliki kecekapan penggunaan bahan api yang lebih baik berbanding jenis-jenis pengangkutan lain.Kira-kira 7.2% bahan api yang telah digunakan pada tahun 2004 digunakan oleh enjin jet.
[2] Pada tahun 2007, kos bagi bahan api jet, meskipun berbeza tinggi dari satu syarikat penerbangan dengan syarikat yang lain, dengan purata 26.5% daripada kos operasi, menjadikan ia sebagai pengguna tunggal terbesar perbelanjaan pengendalian bagi kebanyakkan syarikat penerbangan.
[3]